Sunday, January 08, 2012

Apakah masa depan anakku?

Assalammualaikum

Hari ni saya ingin bercerita berkenaan
anak

Hurm semenjak ber'title' ibu nih
Hati selalu fikirkan anak
apa-apa pun anak dulu yang diutamakan
contohnya
kalau makan, fikir untuk makankan anak dulu 
baru diri sendiri
sudahnya sekarang nih kurus macam lidi
heheh

Hurm 
sebenarnya dah lama aku kaji berkenaan pendidikan yang harus aku bagi untuk anak ku kelak
ya aku tahu jauh lagi perjalanan anak ku untuk bersekolah
tapi 
aku sudah mula berfikir
sekolah bagaimana yang ingin aku hantar anakku nanti?
sekolah swasta kah?
sekolah kerajaan kah?
sekolah pondok kah?
sekolah persendirian kah?

erm
sebenarnya 
aku amat takut 
dengan dunia sekarang
bukan apa
dengar kes-kes maksiat dan sebagainya
budak bawah umur 
sudah pandai buat maksiat
simpan benda-benda lucah di handphone

aduhhhh
takut yang amat dasyat
entah-entah kita hantar dia ke sekolah 
dia melencong ke tempat lain

Astaghfirullahalazim....
Nauzubillahuminzalik...

"Ya Allah Ya tuhanku, 
sesungguhnya hanya Engkau sahaja tempatku mengadu. 
Aku mohon agar seluruh keturunanku terpelihara akhlak dan akidah mereka.
Jauhilah mereka daripada perkara-perkara maksiat dan yang dilarang olehMu
Pandulah mereka ke jalan Mu Ya Allah"

Amin ya rabbal a'alamin.

Bagi ku apa yang penting 
didikan agama dari kecil lagi
kecil-kecil kita harus ajar perkara-perkara yang dilarang dan disuruh dalam agama Islam
tetapi secara berperingkat
mengikut umur anak kita
jangan pula terus-terus kita paksa dia
kita ikut cara Rasulullah S.A.W mendidik anak-anaknya
dengan lemah lembut dan penuh diplomasi
so dengan ini
budak itu sendiri dapat menahan diri dari perkara-perkara negatif
kerana
hati anak kecil itu sendiri yang jadi pendinding
ke arah perkara-perkara yang dilarang.
doa ibu juga merupakan jalan terbaik
bagi mendidik rohani anak
kerana 
doa ibu selalunya makbul
dan mustajab doanya.

Oleh itu
marilah kita sama-sama muhasabah diri dan meningkatkan diri kita 
dengan pengetahuan agama
dari masa ke semasa
kerana 
kita lah cermin masa hadapan anak kita


Amin.


Rindunya dengan baby Izz
apalah dia buat di taska tuh
sob sob






0 orang jalan-jalan di blog:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...